ABU UBAIDAH BIN JARRAH Sang Penakluk Persi - cinta islam is nomber one
Berita Terbaru :
Home » » ABU UBAIDAH BIN JARRAH Sang Penakluk Persi

ABU UBAIDAH BIN JARRAH Sang Penakluk Persi

Written By Yahya on Thursday, 13 March 2014 | 04:30



I. Nasab Dan Kelahirannya
- Nama beliau yang sebenarnya ialah Amir  Abdullah bin Al-Jarrah. Beliau digelar dengan nama Abu Ubaidah.  
- Abu Ubaidah bin Al-Jarrah dilahirkan di Mekah dalam sebuah keluarga yang sangat mulia di keluarga-keluarga kaum Quraisy.
II. Cirri-ciri lahiriah
- Abu Ubaidah adalah seorang yang kurus, tinggi dan mempunyai rupa paras yang cakap serta berseri-seri.
III. Kepribadian
Beliau memiliki sifat-sifat yang terpuji diantaranya :
1)   sifat tawaduk yang tinggi, hal ini dibuktikan ketika masyarakan kagum dengan gelar panglima besar, kemudian ia nberkata : "Sesungguhnya saya ini adalah seorang muslim dari suku Quraisy. Dan siapa saja diantara kalian, baik ia berkulit merah atau hitam yang lebih takwa dari padaku, hatiku ingin sekali berada dalam bimbingannya….!"
2)    seorang yang pemalu
3)   seorang yang paling berani menghadapi saat-saat kecemasan,
   Beliau juga di sukai oleh siapa saja yang melihatnya bahkan orang yang memandangnya akan merasa tenang hati.
  
IV. Keislamannya 
Beliau termasuk dari golongan orang-orang pertama yang memeluk Islam: - Abu Ubaidah tergolong di dalam golongan yang pertama memeluk agama Islam. Di mana dia telah memeluk Islam sehari selepas pengislaman Abu Bakar As-Siddiq r.a bersama Abdul Rahman bin Auf, utsman bin Maz'uun dan Al-Arqam bin Abi Al-Arqam melalui Abu Bakar As-Siddiq r.a di mana beliau dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w lalu mengikrarkan ucapan syahadah di hadapan Rasulullah s.a.w.
V. Keutamaannya
1)   Beliau adalah seorang ulama dan mujahid
2)   Termasuk sepuluh orang yang dijamin masuk suga
3)    Abu Ubaidah menyertai semua peperangan yang diikuti Rasulullah s.a.w
Abu Ubaidah menyertai kesemua peperangan bersama Rasulullah s.a.w dan membunuh ayahnya yang bersama-sama dengan tentera musyrikin di dalam peperangan Badar. Di dalam perkara ini sepotong ayat Al-Quran telah diturunkan tentang diri beliau, yaitu ayat yang ke 22 dari surah Al-Mujadalah:
 

žw ßÅgrB $YBöqs% šcqãZÏB÷sム«!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ̍ÅzFy$# šcrŠ!#uqムô`tB ¨Š!$ym ©!$# ¼ã&s!qßuur öqs9ur (#þqçR%Ÿ2 öNèduä!$t/#uä ÷rr& öNèduä!$oYö/r& ÷rr& óOßgtRºuq÷zÎ) ÷rr& öNåksEuŽÏ±tã 4 y7Í´¯»s9'ré& |=tFŸ2 Îû ãNÍkÍ5qè=è% z`»yJƒM}$# Nèdy­ƒr&ur 8yrãÎ/ çm÷YÏiB ( óOßgè=Åzôãƒur ;M»¨Zy_ ̍øgrB `ÏB $pkÉJøtrB ㍻yg÷RF{$# tûïÏ$Î#»yz $ygÏù 4 š_ÅÌu ª!$# öNåk÷]tã (#qàÊuur çm÷Ytã 4 y7Í´¯»s9'ré& Ü>÷Ïm «!$# 4 Iwr& ¨bÎ) z>÷Ïm «!$# ãNèd tbqßsÎ=øÿçRùQ$# ÇËËÈ

"Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Meraka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan[1462] yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung"[1].
4)   Mendapat gelar dari rosulullah aminu hadihi al ummah
hal ini sesuai dengan sabda rosullah SAW :"Sesungguhnya setiap ummat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan ummat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah."
5)   Mendapat gelaran Al-Qawiyyu Al-Amin (kekuatan yang dipercayai)
Rosulullah s.a.w telah memberi gelaran kepada Abu Ubaidah dengan gelaran Al-Qawiyyu Al-Amin yaitu kekuatan yang dipercayai. Suatu ketika tiba satu rombongan Nasrani berjumpa Rasulullah s.a.w kemudian mereka berkata: Wahai Abu Al-Qasim, hantarkanlah kepada kami seorang lelaki dari kalangan kamu yang kamu restui untuk kami selesai beberapa perselisihan harta yang berlaku di kalangan kami. Kerana bagi kami, kamu adalah golongan umat Islam yang kami redai. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: "Petang nanti aku akan hantarkan kepada kamu seseorang yang bergelar Al-Qawiyyu Al-Amin".

Umar bin Al-Khattab r.a berkata: Aku sangat suka keluar mendirikan sembahyang Zuhur pada awal waktu dan aku sangat tidak suka kepada persoalan kepimpinan malah aku tidak pernah mengharapkan untuk memegang jawatan tersebur. Setelah kami selesai sembahyang Zuhur bersama-sama Rasulullah s.a.w, baginda melihat ke kanan dan kiri baginda. Aku terjenguk-jenguk supaya baginda melihat dan memilih aku. Walau bagaimanapun pandangan baginda masih tetap mencari orang lain di kalangan kami sehinggalah baginda melihat Abu Ubaidah bin Al-Jarrah, lalu baginda memanggilnya dan berkata: Kamu keluarlah bersama mereka (Nasrani) dan selesaikanlah perselisihan yang berlaku di antara mereka dengan kebenaran. Aku pun berkata: Semoga Abu Ubaidah berjaya dengan gelaran tersebut.
6)   Sebagai duta rosululllah ke yaman
Diutus oleh rosulullah ke yaman pada tahun 9 h untuk berda'wah, sebelum diutusnya muad bin jabal.
Diriwayatkan, pada tahun kesembilan hijrah selepas Rasulullah mengutus Abu Ubaidah al-Jarrah dan Ali bin Abi Talib untuk mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kemudian, ia diteruskan pula oleh Muaz. Ketika Muaz tiba di Djanad, beliau menyampaikan perutusan dakwah yang dikirimkan Rasulullah kepada ketua kabilah tempatan

7)   Panglima besar syiria
Kemudian, tatkala Khalid bin Walid sedang memimpin tentara Islam dalam salah satu pertempuran terbesar yang menentukan, tiba-tiba amirul mu'minin Umra mema'lumkan titahnya untuk mengangkat Abu 'Ubaidah sebagai pengganti Khalid, maka demi diterimanya berita itu, dari utusan khalifah, dimintanya orang itu untuk merahasiakan berita tersebut kepada umum. Sementara, Abu 'Ubaidah sendiri mendiamkannya dengan suatu niat dan tujuan baik sebagai lazimnya dimiliki seorang zuhud, arif, bijaksana, lagi dipecaya, menunggu selesainya panglima Khalid itu merebut kemenangan besar.
Setelah kemenangan tercapai, barulah ia mendapatkan Khlaid dengan hormat dan ta'dhimnya untuk menyerahkan surat dari amirul mu'minin. Ketika Khalid bertanya kepadanya, "Semoga Allah memberimu rahmat wahai Abu 'Ubaidah! Apa sebanya anda tidak menyampaikannya kepadaku di waktu datangnya?" Maka ujar kepercayaan ummat itu, "Saya tidak ingin mematahkan ujung tombak anda, dan bukan kekuasaan dunia yang kita tuju, dan bukan pula untuk dunia kita beramal. Kita semua bersaudara karena Allah."
Demikianlah, Abu 'Ubaidah telah menjadi panglima besar di Syria Di bawah kekuasaanya, bernaung sebagian besar tentara Islam, baik dalam luas wilayahnya, maupun dalam perbekalan dan jumlah bilangannya. Tetapi bila anda melihatnya, maka sangka anda bahwa ia adalah salah seorang prajurit biasa serta pribadi biasa dari kaum muslimin.
VI.  Perjuangan dan pengorbanannya dalam membela agama allah
1) Beliau dan pasukannya berhasil membebaskan syam
Abu Ubaidah bin Al-Jarrah telah mengikuti beberapa pembukaan Islam malah dia telah memainkan peranan penting di dalam pembukaan tersebut. Beliau telah memimpin angkatan tentera untuk membuka Syam dan beliau telah diberikan pertolongan oleh Allah sehingga seluruh negeri Syam berjaya dibuka di atas kepimpinan beliau.
2) Abu ubaidah tetap menyertai kaum muslimin walau terancam bahaya toun
Ketika penyakit taun merebak di negeri tersebut Umar bin Al-Khattab mengirim surat kepada beliau supaya kembali ke Madinah, tetapi Abu Ubaidah menolak permintaan tersebut di dalam suratnya yang dihantar kepada Umar: Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya saya telah mengetahui bahawa awak sangat memerlukan saya sedangkan saya masih lagi bersama dengan tentera Islam dan saya merasakan lebih baik saya terus berada bersama tentera Islam malah saya tidak sanggup berpisah dengan mereka sehinggalah Allah memutuskan urusanNya terhadap diriku dan diri mereka. Apabila awak menerima surat saya ini maka batalkanlah niat awak itu dan izinkanlah saya terus berada di sini. Setelah Umar r.a membaca surat itu dia terus menangis. Lalu para sahabat yang berada di sisinya bertanya: Adakah Abu Ubaidah telah meninggal dunia?. Dia berkata: Tidak, tetapi kematian adalah terlalu hampir dengannya.
3). Hijroh ke Ethiopia pada gelombang ke dua
Kehidupan beliau tidak jauh berbeda dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan pengorbanan dan perjuangan menegakkan Dien Islam. Hal itu tampak ketika beliau harus hijrah ke Ethiopia pada gelombang kedua demi menyelamatkan aqidahnya. Namun kemudian beliau balik kembali untuk menyeertai perjuangan Rasulullah SAW , mengikuti setiap peperangan sejak perang Badar.
4) Membunuh ayahnya sendiri.
Pada saat perang Uhud, lagi-lagi Abu Ubaidah menunjukkan kualitas keimanannya. Dalam kecamuk perang yang begitu dasyat, ia melihat ayahnya dalam barisan kaum musyrikin. Dan melihat kepongahan ayahnya, tanpa ragu lagi, ia mengayunkan pedangnya untuk menghabisi salah satu gembong Quraisy yang tidak lain adalah ayahnya sendiri.
5) Giginya tanggal akibat menolong rosulullah
Masih dalam perang Uhud, ketika pasukan muslimin kocar-kacir dan banyak yang lari meninggalkan pertempuran, justru Abu Ubaidah berlari untuk mendapati Nabinya tanpa takur sedikitpun terhadap banyaknya lawan dan rintangan. Demi didapati pipi Nabinya terluka, yaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berupaya mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi SAW .
Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itupun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah SAW . Namun bersamaan dengan itu pula gigi seri Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak jera. Diulanginya sekali lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang masih menancap dipipi Rasulullah SAW hingga terlepas. Dan kali inipun harus juga diikuti dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi seri sahabat ini ompong karenanya. Sungguh, satu keberanian dan pengorbanan yang tak terperikan.
VII.  KEZUHUDAN BELIAU
Sisi lain dari kehebatan sahabat yang satu ini adalah kezuhudannya. Ketika kekuasaan Islam telah meluas dan kekhalifahan dipimpin Umar r.a, Abu Ubaidah menjadi pemimpin didaerah Syria`. Saat Umar mengadakan kunjungan dan singgah dirumahnya, tak terlihat sesuatupun oleh Umar r.a kecuali pedang, perisai dan pelana tunggangannya. Umarpun lantas berujar,"Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu sebagaimana orang lain mengambilnya ?" Beliau menjawab, "Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup menyenangkan." [2]

VIII. Komentar para sahabat atasdirinya
1) Umar bin Khattab
a.   "Seandainya Abu Ubaidah Ibnul Jarrah masih hidup, tentulah ia di antara
orang-orang yang akan saya angkat sebagai penggantiku. Dan jika Allah bertanya hal itu kepadaku, maka aku akan jawab: "Saya angkat kepercayaan Allah dan kepercayaan Rasul-Nya." ".
b.   Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, Umar bin Al-Khattab berkata kepada Abu Ubaidah pada hari Thaqifah: "Hulurkanlah tanganmu supaya aku dapat berbaiah dengan kamu kerana aku mendengar Rasulullah s.a.w pernah berkata: "Sesungguhnya setiap kaum mempunyai seorang yang sangat setia dan orang yang sangat setia pada umat ini ialah Abu Ubaidah". Lalu Abu Ubaidah berkata: Aku tidak akan mendahului seseorang yang telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w agar mengimami kita di dalam sembahyang, maka dialah imam sehingga mati
c.    "Seandainya aku bercita-cita, maka tak ada harapanku selain sebuah
rumah yang penuh didiami oleh tokoh-tokoh seperti Abu Ubaidah."

2)  Muadz bin jabal
Setelah Abu Ubaidah meninggal dunia, Muaz bin Jabal berkhutbah dan berkata: Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya kamu bersedih dengan kematian seorang lelaki. Demi Allah aku tidak tahu sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki yang dadanya sangat setia, sangat sabar menanggung musibah, paling suka menerima ujian dan nasihatnya kepada masyarakat umum sangat hebat. Oleh itu kamu semua rahmatilah dia semoga kamu semua akan di rahmati Allah.

IX.  Kematian Abu Ubaidah bin Al-Jarrah:
Lelaki mulia ini wafat ketika terjadi wabah penyakit tho`un di Syam. Selamat atasmu wahai Abu Ubaidah, semoga kami bisa meneladani perilakumu.
        Ketika Abu Ubaidah merasakan saat-saat kematiannya telah hampir, dia mewasiatkan kepada tenteranya: Sesungguhnya aku akan meninggalkan wasiat kepada kamu, sekira kamu menerimanya kamu akan sentiasa berada di dalam kebaikan, iaitu: Dirikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadan, keluarkanlah sedekah, tunaikanlah Haji dan Umrah, saling nasihat-menasihati, menasihati pemimpin kamu dan janganlah kamu menipu mereka serta janganlah kamu ditipu oleh kenikmatan dunia. Sesungguhnya sekiranya seseorang itu dipanjangkan umur seribu tahun dia pasti akan bertemu juga dengan kesudahan sebagaimana pertarungan yang sedang kamu lihat ini (iaitu mati). Sesungguhnya Allah telah menulis kematian bagi semua anak Adam, mereka semua akan mati. Manusia yang paling cerdik di dunia ini ialah manusia yang paling taat kepada Tuhannya dan beramal untuk menghadapi hari yang dijanjikan … akhirnya Wassalamu'alaikum warahmatullah. Kemudian beliau memerhatikan kepada Muaz bin Jabal r.a lalu berkata: Wahai Muaz! Kamu jadilah sebagai imam sembahyang bersama orang ramai. Setelah itu beliau meninggal dunia.
REFERENSI :
*      60 Karakteristik Sahabat Rosul,Kholid Muhammad Kholid, CV. Dipenogoro, Bandung, 2000, Cetakan XVI
*      Shifatu Shofwah,Ibnu Jauzi,


[1] Qs. Al mujadalah 22
[2] Shifatu Shofwah,Ibnu Jauzi: I/154,
Share this article :

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2014. cinta islam is nomber one - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger